fb fb fb fb fb

Melaka cadang wujudkan Taman Perindustrian Jerman

AYER KEROH, 14 Jun-  Kerajaan Negeri Melaka bercadang untuk mewujudkan Taman Perindustrian Jerman di Bandar Teknologi Hijau, Ayer Keroh khusus untuk syarikat-syarikat dari negara berkenaan.
 
Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, ia susulan daripada 'Misi Galakan Perdagangan dan Pelaburan' negara berkenaan di negeri itu.

Beliau berkata, dengan keluasan 1,148 ekar taman perindustrian berkenaan akan dilengkapi kemudahan infrastruktur.
 
"Kemudahan yang ada nanti memudahkan komuniti Jerman untuk melatih anak-anak muda dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dan kita akan wujudkan sebuah pusat di situ.

"Saya rasa lebih 20 atau 30 syarikat yang akan duduk di kawasan Taman Perindustrian Jerman ini bergantung kepada permintaan dan pasaran yang akan dipasarkan oleh kerajaan negeri," katanya pada sidang media Post Exco Kerajaan Negeri di Seri Negeri, di sini.
 
Kerajaan negeri turut bercadang untuk menganjurkan "German Week" selama seminggu antara April hingga Jun 2024 sempena Tahun Melawat Melaka (TMM) 2024.

(Ab Rauf Yusoh)

Media Baharu