fb fb fb fb fb

"Segulai Sejalai" bertepatan konsep perpaduan Malaysia Madani

(Datuk Seri Anwar Ibrahim pada majlis Perayaan Gawai Dayak 2023 di Kuching/BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 14 Jun- Cogan kata "Segulai Sejalai" yang bermaksud seiring sejalan bertepatan dengan konsep perpaduan yang merupakan sebahagian aspirasi Malaysia Madani.

Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang berkongsi rasa bangga mengenai cogan kata itu yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berikutan hubungan akrab yang terjalin dalam kalangan masyarakat Sarawak.


(Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang)

"Dalam bahasa Inggeris, bersama kita maju kehadapan. Kalau tidak nanti kita tidak dapat maju kehadapan. Ia mesti ada keharmonian, perpaduan. Baru kita dapat maju kehadapan dalam segalanya. Saya fikir Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melihatnya sebagai Madani", katanya kepada media selepas Perasmian Sambutan Minggu Arkib Antarabangsa 2023 di Arkib Negara, Kuala Lumpur.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada majlis sambutan Gawai Dayak peringkat kebangsaan di Kuching, Sarawak pada 7 Jun lalu. Acara tersebut disambut meriah dengan berpaksikan tema "Segulai Sejalai."

Beliau tertarik dan menjadikan frasa Iban itu sebagai cogan kata perpaduan untuk seluruh negara.

Media Baharu