fb fb fb fb fb

Jelajah Mega Himpunan Sejuta Pembela Palestin di Melaka, Ahad ini

Pengerusi Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) Melaka

AYER KEROH, 26 Oktober- Jelajah Mega Himpunan Sejuta Pembela Palestin diteruskan di Melaka pada Ahad ini.

Program tersebut turut disertai 15 pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO).

Pengerusi Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) Melaka, Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali berkata, seramai 10,000 orang disasar menyertai program itu yang akan berlangsung di Stadium Hang Jebat, Krubong.

"Kita akan membawa pelbagai NGO akan bersama dan program ini dijangka akan menghimpunkan seramai 10,000 masyarakat dan juga rakyat di negeri Melaka dan inilah waktunya untuk kita bersama menyatakan solidariti dan sokongan kita kepada sahabat-sahabat kita di Palestin yang telah dianiaya dan dinafikan hak mereka di buminya sendiriā€, katanya.

Prograam tersebut akan bermula pukul 9.00 pagi.

Selepas negeri Melaka, jelajah himpunan ini akan diteruskan ke negeri-negeri lain di seluruh Malaysia dan dijangka berakhir di Kuala Lumpur dalam tempoh tiga bulan.

Beliau memaklumkan demikian kepada pemberita pada sidang media Jelajah Mega Himpunan Sejuta Pembela Palestin di Ayer Keroh.

ROSLINA BINTI DIN