fb fb fb fb fb

Media sosial perlu diseimbangkan dengan media arus perdana

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil/ BERNAMA

SINTOK, 10 Jun- Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil menegaskan media sosial tidak seharusnya menjadi satu-satunya sumber maklumat kepada masyarakat, sebaliknya ia perlu diseimbangkan dengan peranan media arus perdana dalam menyampaikan maklumat sahih dan bertanggungjawab.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri satu program forum anjuran Universiti Utara Malaysia (UUM) melalui Pusat Pengajian Undang-undang (SoL) dengan kerjasama Malaysian Press Institute (MPI) di Dewan Seminar A, Kompleks Konvensyen UUM hari ini.

"Kita memang dalam fasa pelaksanaan wi-fi di universiti awam, arahannya adalah sekurang-kurangnya satu bilik, satu wi-fi. Tetapi ia bergantung juga dengan mungkin kolej-kolej kediaman dan perbincangan keputusan yang dibuat bersama dengan pihak pengurusan, tapi umumnya kita hendak lebih ke arah itu.

"Ini untuk membantu memastikan mutu internet yang ada dapat dinikmati oleh para pelajar adalah yang baik", katanya.

Beliau turut mengesahkan bahawa UUM termasuk dalam senarai utama pelaksanaan fasa ketiga projek pemasangan wi-fi di universiti awam seluruh negara, dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Menurut Datuk Fahmi, pelaksanaan fasa ketiga akan mengambil kira keperluan tambahan berdasarkan penilaian semula kampus masing-masing dan tender pelaksanaan dijangka dikeluarkan beberapa bulan selepas proses pengesahan lokasi selesai.

Pada masa sama, Kementerian Komunikasi dan MCMC turut mengadakan inisiatif menganjurkan Kempen Internet Selamat (KIS) kepada 40 orang pelajar UUM dan Ikon K-Dat yang dipilih oleh pihak universiti dalam kalangan pelajar dan pensyarah.

Pihak UUM yang diwakili SoL bersama-sama pihak MPI juga telah mengadakan satu sesi menandatangani Surat Hasrat (Lol) sambil disaksikan oleh Datuk Fahmi Fadzil.

ROSLINA BINTI DIN