fb fb fb fb fb

MDA diarah terus buat pemantauan pastikan kit RTK-Antigen berkualiti

Datuk Dr Noor Azmi Ghazali

KUALA LUMPUR, 16 Mac- Pihak Berkuasa Peranti Perubatan-MDA telah diarahkan untuk memantau dan mengaudit semua Kit Ujian Pantas (RTK-Antigen) yang telah diluluskan. bagi memastikan kit berkenaan berkualiti dan berkesan seperti dokumen dalam permohonan dibuat pemegang lesen.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata demikian susulan terdapat aduan yang mempersoalkan ketepatan ujian berkenaan.

Tambah beliau lagi seiring dengan negara beralih ke fasa endemik penggunaan RTK-Antigen lebih sesuai seperti juga diamalkan negara luar termasuk Amerika Syraikat dan United Kingdom yang tidak lagi bergantung kepada ujian RT-PCR.

Ujarnya kos RT-PCR lebih tinggi kerana memerlukan golongan pakar dan keperluan makmal.

"Dalam negara sedabf beralih ke fasa peralihan endemik kita sepatutnyaa tidak bergantung kepada RT-PCR kerana ia seharusnya hanya perlu diguna untuk pengembara.

"Protokol kita ditumpukan kepada yang bergejala dan guna guna ujian kendiri. Kaedah ini lebih pantas supaya individu asingkan diri lebih awal berdasarkan ujian kendiri ini," katanya ketika menggulung perbahasan usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi kementerian itu di Dewan Rakyat pada Rabu.

Katanya, MDA dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) juga akan terus bekerjasama agar tiada pihak mengambil kesempatan berhubung harga RTK-Antigen kerana permintaan yang tinggi.

(Seiring dengan negara beralih ke fasa endemik penggunaan RTK-Antigen lebih sesuai seperti juga diamalkan negara luar
seperti Amerika Syraikat dan United Kingdom yang tidak lagi bergantung kepada ujian RT-PCR/Gambar fail)


Sementara itu, mmetik laporan Bernama, Noor Azmi berkata, seramai 25,122 bekas pesakit Covid-19 yang sembuh dan discaj dari hospital kerajaan diberi janji temu untuk rawatan susulan di fasiliti kesihatan setakat Februari lepas, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali.

Berdasarkan pemantauan, beliau berkata, terdapat lima gejala utama kesan jangka panjang Covid-19 atau Long Covid iaitu kelesuan (75.1 peratus), sesak nafas apabila melakukan aktiviti tertentu (63.1 peratus), batuk (14 peratus), kesukaran tidur (8.6 peratus) dan keresahan (3.8 peratus).

"Perkhidmatan rehabilitasi susulan juga terdapat di 41 fasiliti Perubatan Rehabilitasi yang memberikan perkhidmatan kepada pesakit ‘Long Covid’ iaitu di 32 hospital kerajaan, tiga hospital universiti, empat hospital swasta dan satu Pusat Rehabilitasi Kementerian Sumber Manusia.

"Perkhidmatan respiratori komprehensif yang khusus kepada pesakit Long Covid juga dilaksanakan di 21 hospital kerajaan seluruh negara. Sehingga kini, seramai hampir 15,564 pesakit Covid-19 kategori empat dan lima yang didiscaj dari hospital telah dirujuk bagi perkhidmatan khusus ini,” katanya ketika menggulung perbahasan usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi kementerian itu di Dewan Rakyat pada Rabu.

Dalam pada itu, Dr Noor Azmi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Imunisasi Covid-19 Kanak-Kanak (CITF-C) memaklumkan 1,180,323 (33.2 peratus) kanak-kanak berumur lima hingga bawah 12 tahun telah mendapatkan dos pertama vaksin hingga Isnin.

Beliau merayu agar ibu bapa serta penjaga menghantar anak-anak mendapatkan vaksin di pusat pemberian vaksin berhampiran terutamanya sebelum memulakan sesi persekolahan bagi melindungi golongan itu daripada jangkitan teruk Covid-19.

Media Baharu