fb fb fb fb fb

MCMC komited laksanakan teras pendigitalan negara

KUALA LUMPUR, 17 Mei - Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia (MCMC) komited melaksanakan teras pendigitalan yang telah digariskan di bawah pelan tindakan ekonomi digital dan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12).

Ia bagi memperkasakan segenap lapisan masyarakat dengan celik digital, penciptaan pekerjaan bernilai tinggi, pendidikan teknologi kewangan, dan penjagaan kesihatan.

Pengerusi MCMC, Datuk Dr. Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek berkata pelbagai langkah sudah diambil oleh MCMC dengan kerjasama penyedia perkhidmatan telekomunikasi bagi memastikan Malaysia terus bergerak ke hadapan dalam memacu sektor telekomunikasi dan multimedia negara.


(Pengerusi MCMC, Datuk Dr. Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek ketika ditemu bual Berita RTM)

"Pemerkasaan teknologi ini bukan hanya dari segi peringkat infrastruktur, kita juga memastikan pemerkasaan itu dilaksanakan dari segi penggunaan, jadi untuk 4G penggunaan orang ramai hari ini telah matang, tetapi untuk 5G masih lagi tidak berapa dan disinilah pemerkasaannya akan lebih berkisar pada perniagaan untuk mengguna pakai teknologi ini bagi meningkatkan kebolehan untuk lebih produktif dan mencapai tahap ekonomi perniagaan yang lebih tinggi," kata beliau ketika ditemui selepas menjadi tetamu program Selamat Pagi Malaysia sempena Hari Telekomunikasi Dan Masyarakat Berinformasi Sedunia (WTISD) 2022 di Angkasapuri, di sini, pagi ini.

WTISD bertujuan untuk menyampaikan informasi terkini mengenai perkembangan ICT dan teknologi, disamping memastikan masyarakat terus terhubung daripada kesalinghubungan berkualiti tinggi.

Dalam pada itu Fadhlullah menjelaskan, JENDELA telah mencapai liputan 4G sebanyak 95.7% atau sejumlah 7.027 juta premis telah menggunakan jalur lebar dan kelajuan internet berada pada 40.13 Mbps, iaitu melebihi sasaran Fasa 1 JENDELA pada 35Mbps bagi suku pertama tahun 2022.

Media Baharu