fb fb fb fb fb

Empat nelayan asing warga Vietnam ditahan

MERSING, 17 Mei - Pasukan Polis Marin Wilayah Dua Johor (PPM) menahan sebuah bot nelayan asing dipercayai mencoroboh perairan negara di 8.3 batu nautika dari Pulau Pemanggil di sini pagi semalam.

Empat lelaki warga Vietnam berusia 24 hingga 40 tahun ditahan.

Komandernya, Asisten Komisioner Muhd Zailani Abdullah berkata kesemua tekong dan awak-awak tidak mempunyai sebarang dokumen dan permit menangkap ikan yang sah.

Turut dirampas peralatan menangkap sotong dan beberapa buah tong dianggarkan berjumlah RM1.6 juta.

(FOTO PPM)

Kesemua mereka dibawa ke Markas Taktikal PPM Wilayah Dua Mersing untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Akta Perikanan 1985, Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Media Baharu