fb fb fb fb fb

Pelbagai aktiviti menarik menanti pengunjung Majlis Rumah Terbuka Malaysia (MRTM) Aidilfitri

KUALA LUMPUR, 17 Mei - Kementerian Pelancongan, Seni Dan Budaya telah merangka pelbagai aktiviti menarik kepada pengunjung sempena Majlis Rumah Terbuka Malaysia (MRTM) Aidilfitri yang bakal diadakan pada hari Jumaat ini.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata negeri Terengganu dipilih sebagai tuan rumah MRTM selepas dua tahun penganjurannya tidak dapat dilaksanakan akibat penularan pandemik COVID-19.

Selain itu, negeri Terengganu mempunyai warisan dan kebudayaan yang tersendiri yang mampu menarik minat pengunjung dari dalam dan luar negara.


(Foto fail)

"Di Terengganu kita dapati satu keunikan di mana ia boleh menarik minat pelancong dan juga kepada orang-orang Terengganu sendiri, orang Malaysia yang selama ini, kita kadang-kadang ada yang kita missed out (terlepas) di mana kita tidak lagi mengamalkan beberapa budaya tertentu, melainkan kita berada di situ, jadi ini adalah peluang untuk kita menyaksikan sendiri apakah konsep dan aktiviti yang akan dianjurkan semasa MRTM, " kata beliau selepas menjadi menjadi tetamu program Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri, di sini hari ini.

Lebih lima ribu Keluarga Malaysia dijangka akan menghadiri Majlis Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri yang bakal dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Media Baharu