fb fb fb fb fb

MBOT sasar tingkatkan penglibatan wanita dalam bidang teknologi dan teknikal

AMPANG, 4 November- Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) menyasarkan peningkatan potensi dan penglibatan wanita dalam bidang teknologi dan teknikal.

Ia seiring dengan penubuhan Woman Technologist Chapter WTC pada Jun lalu.

Menurut Presidennya, Datuk Ir Ts Dr Siti Hamisah Tapsir, ia bagi memberi galakkan terhadap jumlah teknologis profesional dalam kalangan wanita yang merekodkan peratusan rendah di negara.

Menerusi dapatan MBOT menunjukkan bermula tahun 2017 sehingga Oktober tahun ini hanya 3,739 atau 22 peratus penglibatan teknologis profesional dan 128 atau 7 peratus juruteknik bertauliah daripada kalangan wanita .

"WTC ini ialah platform bagi meningkatkan bilangan wanita meneruskan karier dalam bidang teknologi ini. Ia disebabkan ramai yang terhenti setelah berumahtangga dan mempunyai keluarga.

Setakat ini, kalau kita lihat terdapat 60,000 warga teknologis yang berdaftar dan hanya 15,000 terdiri daripada wanita," kata Dr. Siti Hamisah kepada RTM selepas sesi Hi-tea MBOT di Ampang, Hulu Klang.

Inisiatif yang dilaksanakan sejak Jun tahun ini, jelas memberi sokongan kepada kerjaya wanita dalam mencapai potensi diri agar lebih berdaya saing selain menyeimbangkan profesion tersebut terhadap wanita yang bekerjaya.


(Presiden MBOT, Datuk Ir Ts Dr Siti Hamisah Tapsir ditemui media pada satu majlis Hi-tea di Ampang)

Media Baharu