fb fb fb fb fb

MBM akan wujudkan model baharu pembangunan belia

SUBANG JAYA, 6 Mac- Majlis Belia Malaysia (MBM) sedang berkerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk mewujudkan model baharu pembangunan belia.

Jelas Presiden MBM, Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid, model tersebut akan menjadi tambah nilai kepada Dasar Belia Malaysia sedia ada.

Model tersebut katanya, akan memberi fokus kepada strategi dan pelan tindakan untuk memperkasakan lagi peranan belia dalam aspek ekonomi, sosial, teknologi, pendidikan dan kepimpinan belia masa hadapan.

"Yang mana dalam model baharu pembangunan belia ini akan menjadi satu pelan kepada pergerakan pembangunan belia sehingga 2030, yang lain tu dah tentu kita membawa isu-isu belia seperti berkaitan dengan pekerjaan, ekonomi, undi 18 serta banyakl lagi," kata Mohd Izzat.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan MBM Kali ke 71 di Subang Jaya.

Pada mesyuarat tersebut, Izzat diumumkan sebagai Presiden MBM yang baharu selepas memenangi pemilihan AJK MBM bagi sesi 2022-2024.

Seramai 395 orang perwakilan dari pelbagai pertubuhan belia layak mengambil bahagian dalam pemilihan tersebut.

 

(Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid dipilih sebagai Presiden MBM yang baharu selepas memenangi pemilihan AJK MBM bagi sesi 2022-2024)

Media Baharu