fb fb fb fb fb

HKK 2022, pemenang bertuah bawa pulang hadiah motosikal Honda RSX 150

KUALA LUMPUR, 6 Mac- Sambutan Hari Kraf Kebangsaan (HKK) 2022 diteruskan dengan sesi Majlis Penyampaian hadiah Beli, Putar dan Menang yang pertama kali diadakan pada tahun ini.

Menerusinya seramai 10 pengunjung bertuah yang membuat pembelian RM500 dan ke atas terpilih untuk hadir ke sesi tersebut bagi membuat putaran 'Lucky Roulette' MYCRAFTSHOPPE untuk menentukan hadiah yang akan mereka miliki.

Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia,  berkata ianya merupakan satu langkah proaktif pihaknya bagi merancakkan dan menggalakkan orang awam untuk membeli dan menyokong hasil kraftangan tempatan.

Sekaligus menjana dan meningkatkan ekonomi pemain industri kraf.

"Sebagai tanda penghargaan jadi kami adakan program ini supaya orang lebih membeli dan datang ke sini membeli produk kraf.. sebagai slah satu strategi untuk bangkit dari pandemik COVID-19, ini kali pertama kami mengadakan cabutan bertuah ini dan pada masa akan datang, sebagai galakan pembelian jadi kami akan adakan program sebegini lagi,"kata Aididah.

Di antara 10 peserta tersebut, salah seorang peserta memenangi hadiah utama, sebuah motosikal Honda RSX 150 bernilai lebih RM10,000 serta pelbagai barangan lain termasuklah produk kraf dan barangan elektrik.

Aididah turut memaklumkan, seramai hampir 400 pemain industri Kraf menyertai HKK pada tahun ini dan ia termasuk pembukaan booth untuk jualan, pameran serta demonstrasi kraftangan.

Beliau ditemui pemberita selepas Majlis Penyampaian hadiah Beli, Putar dan Menang di ibu negara.

(Aididah Ibrahim ditemui media selepas Majlis Penyampaian hadiah Beli, Putar dan Menang sempena HKK 2022)

Media Baharu