fb fb fb fb fb

MBKS raih dua anugerah pada MyPLACE Awards 2025

Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) meraih dua Anugerah 'Special Mention' pada MyPLACE Awards 2025 anjuran Institut Perancang Malaysia (MIP)

KUALA LUMPUR, 13 September - Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) meraih dua Anugerah 'Special Mention' pada MyPLACE Awards 2025 anjuran Institut Perancang Malaysia (MIP) di Petaling Jaya.

Pengiktirafan itu diberikan kepada Projek Penjanaan Semula Kenyalang Park dan Projek Kuching Park, hasil usaha MBKS mewujudkan taman hijau yang mesra komuniti dan mampan.

Datuk Bandar Kuching Selatan Datuk Wee Hong Seng dalam satu kenyataan memaklumkan, kejayaan itu mencerminkan komitmen berterusan MBKS terhadap kelestarian alam sekitar dan kesejahteraan rakyat melalui 'Program Greenage'.

"Pengiktirafan ini adalah penghormatan kepada kerja keras Bahagian Landskap, Bahagian Bangunan, Bahagian Kejuruteraan serta sokongan padu masyarakat.

Taman dan kebun ibarat paru-paru bandar kita, dan melalui reka bentuk serta perancangan yang teliti, kita telah berjaya menjadikan ruang ini sebagai pusat aktiviti yang meriah untuk menghimpunkan masyarakat.

"Bersama komuniti, kita memastikan ruang hijau ini kekal indah, selamat dan menyeronokkan untuk semua," menurut kenyataan itu.

Pada masa sama eliau turut merakamkan penghargaan kepada masyarakat kerana bersama-sama menjaga kebersihan dan kelestarian taman.

MBKS menegaskan komitmennya untuk terus memperluaskan inisiatif hijau, memperkukuh penglibatan masyarakat serta memastikan Kuching kekal sebagai model bandar bagi kelestarian bandar, keterangkuman dan kualiti hidup.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI