fb fb fb fb fb

MBI bantu MDM operasi pascabanjir di Mersing

IPOH, 10 Mac- Seramai 47 anggota Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) akan ditugaskan dalam misi membantu pihak Majlis Daerah Mersing (MDM) dalam operasi pascabanjir di Mersing, Johor.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, sebanyak lapan aset telah digerakkan antaranya empat buah lori dan dua pacuan empat roda bagi melakukan operasi pembersihan terutamanya di Pekan Mersing.


(Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin)

"Ini merupakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR).

"Jadi bagi saya apa yang kita buat ini sebenarnya bukan kerana hendak nama, tetapi ia tanggungjawab kita sebagai saudara sama-sama dalam pihak berkuasa tempatan dan juga dalam negara. Ini tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia", katanya.

Katanya, seramai 47 anggota terlibat terdiri daripada 30 penguat kuasa, 11 dari Perkhidmatan Bandar dan enam orang daripada Bahagian Bengkel.

Misi bantuan bencana banjir kali ini juga merupakan yang ke-5 buat MBI, selepas beberapa kawasan sebelum ini, antaranya di Bentong, Pahang dan Baling, Kedah.

Tambahnya lagi, MBI sentiasa bersedia bagi menghulurkan bantuan sekiranya diperlukan pada masa akan datang.

Media Baharu