fb fb fb fb fb

Banjir Johor: 172 PPS masih dibuka

JOHOR BAHRU, 10 Mac- Seramai 43,667 mangsa banjir daripada 12,385 keluarga masih berlindung di 172 Pusat Pemindahan Sementara (PPS), setakat 8.00 malam.

Daerah Batu Pahat kekal mencatatkan jumlah penduduk terjejas tertinggi dengan 37,878 orang diikuti Muar (3,104) dan Tangkak (1,924 orang).

Berdasarkan statistik Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah, PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Telok, Parit menempatkan 1,338 penduduk, manakala SK Tenaga Setia, 923 penduduk.

Bacaan air di sembilan sungai di Batu Pahat dan Muar berada di paras bahaya.


(Seramai 43,667 penduduk terjejas banjir daripada 12,385 keluarga masih berlindung di
172 PPS)


Media Baharu