fb fb fb fb fb

Agong zahir penghargaan terhadap jasa Tan Sri Zamrose

Foto FB Istana Negara

KUALA LUMPUR, 10 Mac- Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke sesi menghadap perpisahan Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain di Istana Negara.

Menerusi catatan di Facebook Istana Negara, Seri Paduka selaku pemerintah tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menzahirkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas jasa serta khidmat bakti Tan Sri Zamrose setelah 43 tahun berkhidmat bersama Tentera Darat Malaysia (TDM) dengan penuh dedikasi dan cemerlang.

"Majlis Serah Terima Tugas Panglima Tentera Darat Ke-29 nanti akan menyaksikan penukaran tampuk pemerintahan TDM yang baharu pada 22 Mac 2023," kata kenyataan di Facebook rasmi Istana Negara.


(Foto FB Istana Negara)

Tan Sri Zamrose mula berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia pada 25 April 1980.

Beliau menyandang pelbagai jawatan penting dalam TDM termasuk Panglima Medan Timur sebelum dilantik sebagai Panglima Tentera Darat ke-28 pada 11 Jun 2020.

Media Baharu