fb fb fb fb fb

MBAPPE kembali jalani latihan bersama PSG

(Foto Kylian Mbappe/AFP)

PARIS, 23 Disember- Bintang Perancis, Kylian Mbappe kembali menjalani latihan bersama Paris Saint-Germain (PSG), tiga hari selepas pasukan Les Bleus gagal mempertahankan gelaran juara Piala Dunia walaupun dia menjaringkan hatrik dalam perlawanan akhir.

Pemain berusia 24 tahun itu mempamerkan kemarahan selepas Perancis tewas kepada Argentina yang diketuai rakan sepasukannya di PSG, Lionel Messi menersui penentuan sepakan penalti.

Terdahulu, jarngan Mbappe berjaya mengikat kedudukan 3-3.

Walaupun pemain PSG telah diberi cuti 10 hari, dia digambarkan berada di padang latihan juara Ligue 1 Perancis.

"Kylian Mbappe kembali menjalani latihan," twit PSG.

Mbappe yang muncul penjaring terbanyak Piala Dunia Qatar dengan lapan gol tidak dijangka kembali sehingga Januari dan PSG tidak menyatakan sama ada dia boleh dipilih untuk perlawanan menentang Strasbourg pada 28 Disember.

Sebelum ini dokumentari kempen Piala Dunia skuad kebangsaan Perancis menunjukkan Mbappe memberi kata-kata semangat kepada rakan sepasukannya pada waktu rehat sebelum meneruskan aksi separuh masa kedua perlawanan akhir, setelah babak pertama yang lemah menyaksikan mereka ketinggalan 0-2. -AFP

(Kylian Mbappe melepasi trofi Piala Dunia selepas menerima anugerah Kasut Emas semasa
majlis trofi pada akhir perlawanan bola sepak akhir Piala Dunia Qatar 2022/AFP)

 

Media Baharu