fb fb fb fb fb

Fasiliti stesen LRT, MRT dan Monorel giat dibaik pulih

(Foto Rapid Rail)

KUALA LUMPUR, 23 Disember- Rapid Rail giat membaik pulih fasiliti di stesen-stesen perkhidmatan LRT, MRT dan Monorel di Lembah Klang.

Pembaikan yang dilaksanakan di fasiliti tersebut termasuk eskalator, masalah kebocoran, sistem pencahayaan dan lif, menurut Rapid Rail.

Eskalator di 10 stesen MRT kembali beroperasi manakala proses pembaikan kebocoran di stesen telah dijalankan di 22 lokasi setelah pemantauan keberkesanan kerja baik pulih dilakukan.

"Kerja membaik pulih sistem pendawaian dan penggantian mentol bermasalah di stesen-stesen pula hampir selesai, menurut kenyataan itu.

Pihak Prasarana juga akan melakukan projek naik taraf fasiliti lif di monorel seperti menambah 18 unit lif dan 39 unit lif platform kerusi roda pada suku pertama tahun hadapan untuk keselesaan orang awam.

(Fasiliti stesen LRT, MRT dan Monorel giat dibaik pulih/Rapid Rail)

Media Baharu