fb fb fb fb fb

Mayat tanpa identiti ditemukan terapung di Lumut

(Mayat lelaki ditemukan oleh nelayan di Perairan Kepulauan Sembilan, Perak)

LUMUT, 15 Jun- Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan dalam keadaan terapung di Perairan Kepulauan Sembilan, di sini, semalam.

Pengarah Agensi Penguatkuasaaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Perak, Mohd Hambali Ya’akup berkata, mayat tersebut ditemukan oleh nelayan tempatan sekitar pukul 3.35 petang.

"Bot peronda Benteng 06 digerakkan dan tiba di lokasi kejadian pada pukul 4.43 petang bagi mengambil mayat itu untuk dibawa ke Jeti Perikanan, Kampung Acheh.

"Mayat kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," menurut satu kenyataan hari ini.

Komuniti maritim diminta tampil ke balai polis berhampiran sekiranya terdapat ahli keluarga yang hilang atau tidak pulang melebihi 24 jam bagi membantu siasatan.
 
Sebarang maklumat dan aduan boleh menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Perak di talian 05-6838737 atau MERS 999 untuk maklum balas segera.

(Anggota Maritim Malaysia Perak mengambil mayat lelaki tanpa identiti
di Perairan Kepulauan Sembilan, Perak)

Media Baharu