fb fb fb fb fb

KKD kenal pasti 186 lokasi PEDi baharu

(Foto BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 15 Jun- Sebanyak 186 lokasi sedang dikenal pasti Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) untuk penubuhan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) baharu.

Ini selari hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mewujudkan kemudahan PEDi sekurang-kurangnya satu di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN).

Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching memaklumkan pihaknya juga sentiasa memastikan kebajikan kakitangan pusat berkenaan sentiasa terpelihara bagi melancarkan proses operasi.

"Untuk makluman semua, KKD melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sentiasa menjejaki tentang kelangsungan PEDi untuk memastikan ia memberi perkhidmatan lebih luas kepada semua. PEDi akan menambah baik kebajikan kakitangan dan kami juga sedang menjalankan kajian untuk memastikan kelangsungan pusat PEDi ini," katanya ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli di Dewan Rakyat di sini.

Setakat 2021, sebanyak 873 PEDi sedia ada akan dinaik taraf dan dipergiatkan sebagai Pusat Sehenti untuk aktiviti ekonomi digital luar bandar.

PEDi mula dijenamakan semula pada 2021 dengan memberi tumpuan di kawasan kurang mendapat liputan jalur lebar seperti di kawasan luar bandar, pedalaman serta masyarakat yang tinggal di kawasan perumahan kos rendah di kawasan bandar.


(Foto BERNAMA)

Media Baharu