Mayat remaja disyaki dibaham buaya ditemukan tidak sempurna

Remaja lelaki ditemukan ahli keluarganya di seberang rumah panjang di Sungai
Sarawak, Rantau Panjang Batu Kawa/ JBPM Sarawak

KUCHING, 27 Mac – Remaja lelaki yang dikhuatiri hilang selepas dibaham buaya di Sungai Sarawak, Rantau Panjang Batu Kawa ditemukan ahli keluarganya di seberang rumah panjang kira-kira pukul 5.27 petang tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Jasad mangsa ditemukan dalam keadaan tidak sempurna pada bahagian tangan kanan dan siku.
  • Mangsa dipercayai dibaham buaya ketika mandi di sungai bersama ibu, adik dan abangnya.
  • Mangsa mengadu sakit pada kaki sebelum kejadian dipercayai berlaku.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak memaklumkan, jasad mangsa ditemukan dalam keadaan tidak sempurna pada bahagian tangan kanan dan siku.

Dalam kejadian awal petang tadi, remaja lelaki 15 tahun tersebut dilaporkan dibaham reptilia tersebut ketika sedang mandi di sungai berkenaan bersama Ibu, adik dan abangnya.

Mangsa mengadu sakit pada kaki sebelum dipercayai dibaham seekor buaya.