fb fb fb fb fb

Mayat nelayan jatuh laut ditemukan terapung

GEORGE TOWN, 6 Mac - Mayat nelayan tempatan yang terjatuh ke dalam laut di jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Teluk Bahang, di sini semalam ditemukan terapung tidak jauh dari lokasi lelaki itu terjatuh, awal hari ini.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang Kapten Maritim Abd Razak Mohamed dalam satu kenyataan berkata, mayat Chan Eng Liong, 53, ditemukan terapung oleh pihak bomba yang menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada pukul 4.12 pagi tadi.

"Pihak kami telah mengaktifkan SAR sebaik dimaklumkan berhubung kejadian seorang nelayan bot tempatan terjatuh ke dalam laut di Jeti LKIM Teluk Bahang pada 5.00 petang semalam sebelum mayat mangsa ditemukan awal pagi ini," katanya.

(FOTO HIASAN)

Mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk dibedah siasat.

Media Baharu