fb fb fb fb fb

Permaisuri berkenan berangkat lawat Hospital Sultanah Hajjah Kalsom

CAMERON HIGHLANDS, 6 Mac- Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini berkenan berangkat mengadakan lawatan ke Hospital Sultanah Hajjah Kalsom, di sini.

Baginda yang tiba di perkarangan hospital pada pukul 10.15 pagi disambut Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustapa dan Pengarah Kesihatan Pahang, Datuk Dr Nor Azimi Yunus, serta kakitangan hospital berkenaan.

Baginda meluangkan masa selama satu jam melawat wad bersalin di hospital tersebut dan menyampaikan cenderamata serta sumbangan kepada pesakit.

Baginda turut berkesempatan mendengar persembahan taklimat oleh Datuk Dr Nor Azimi dan beberapa pegawai perubatan.

Selain itu, baginda juga mendengar taklimat prosedur pembedahan oleh Pakar Pembedahan Am yang diadakan menerusi video secara langsung dari Dewan Bedah.

(FOTO BERNAMA)

Hospital berkenaan yang mula beroperasi pada tahun 2007, mempunyai kapasiti 40 katil pesakit, empat wad, empat bilik bersalin dan dua dewan bedah.

Hospital itu juga mempunyai kakitangan seramai 229 orang, termasuk 16 pegawai perubatan, 58 jururawat dan 20 penolong pegawai perubatan.

Media Baharu