KUALA LUMPUR, 6 Mac- Pembinaan Sekolah Kebangsaan Ukay Sungai Sering di Bukit Antarabangsa dijangka siap pada Februari 2026.
Ianya mengambil kira proses pelantikan perunding yang dijangka selesai pada Mac sebelum memulakan kerja pembinaan pada Februari 2024.
Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying berkata, projek berkenaan telah diluluskan dalam RMKe-10, namun tidak dapat dilaksanakan dan disambung semula dalam tempoh RMKe-11 dan RMKe-12 disebabkan pertukaran tapak pembinaan.
"Dari segi pembinaan sekolah amik masa lima hingga 10 tahun. Saya akan merujuk semula proses pembinaan sekolah baharu, pengumuman mantan menteri pendidikan, lantikan rundingan selesai pada Mac.
"SST akan dikeluarkan selepas itu ia akan ditender pada Disember tahun ni dan mulakan kerja di tapak pada Februari 2024. Tempohnya 24 bulan dan dijangka siap pada Februari 2026," katanya.
Beliau menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Ampang, Rodziah Ismail berhubung status pembinaan sekolah di Bukit Antarabangsa yang tertangguh ketika ini.
(Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying)
Ketika ini Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak bercadang membina sekolah menengah baharu di kawasan Bukit Antarabangsa berikutan sekolah sedia ada masih mampu menampung keperluan penduduk di kawasan tersebut.