fb fb fb fb fb

Institusi perbankan diminta laksana CSR jika peroleh keuntungan besar

(Foto Hiasan)

KUALA LUMPUR, 6 Mac- Institusi perbankan yang memperoleh keuntungan besar diminta melaksanakan program tanggungjawab sosial (CSR).

Ini antara inisiatif bantuan yang boleh dilakukan institusi berkenaan bagi membantu golongan memerlukan, khususnya B40.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan turut memberi gambaran Perdana Menteri, yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengumumkan perkara itu Khamis nanti.

"Baru-baru ini Menteri Kewangan ada membuat arahan kepada institusi perbankan yang mendapat keuntungan besar, mereka diminta untuk melaksanakan CSR kepada rakyat terutama golongan B40.

"Itu juga jenis bantuan yang akan diumumkan kemungkinan apabila Menteri Kewangan menggulung belanjawan ini (bagi MOF) untuk perkara dasar, beliau kemungkinan akan mengumumkan apakah yang akan dibuat oleh pihak bank yang mendapat keuntungan besar itu untuk membantu CSR kepada rakyat," katanya.

(Datuk Seri Ahmad Maslan)

Beliau menjawab pertanyaan soalan tambahan dari Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Media Baharu