fb fb fb fb fb

Lebih RM20 juta diperuntukan selenggara jalan di Pelabuhan Klang Utara

KUALA LUMPUR, 6 Mac- Lebih RM20 juta diperuntukan tahun ini bagi kerja penyelenggaraan jalan di laluan utama Pelabuhan Klang Utara.

Ia melibatkan 13 bilangan kerja berkala pavemen dan sembilan kerja berkala bukan pavemen.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, ini mengambil kira isu keselamatan pengguna jalan raya termasuk lampu jalan yang tidak berfungsi di jalan berkenaan.

"Pihak syarikat konsesi yang dilantik bertanggungjawab melaksanakan kerja penyenggaraan rutin iaitu skop kerja penyelenggaraan pavemen, penyelenggaraan bahu jalan, potong rumput, perabot jalan, mencuci jambatan dan pembentung, mencuci longkang serta pemeriksaan rutin.

(Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad)

"Syarikat konsesi juga bertanggungjawab melaksanakan kerja penyelenggaraan berkala pavemen dan bukan pavemen yang dilaksanakan secara Arahan Kerja (AK) berdasarkan peruntukan yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan," katanya.

Beliau menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Kapar, Halimah Ali berhubung kekerapan penyelenggaran dan isu keselamatan di laluan utama di Pelabungan Klang Utara.

Media Baharu