fb fb fb fb fb

Mayat mangsa ditemukan selepas tiga hari

MUAR, 27 Januari - Selepas tiga hari, mayat mangsa lemas di Sungai Sarang Buaya, Parit Haji Anuar di Muar, Johor, berjaya ditemukan.

Mayat Muhammad Nur Hakim Zulkarnain, 19 tahun ditemukan kira-kira 10.30 pagi tadi di tebing sungai, pada jarak 7.3 kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.


(JBPM menemukan mayat selepas tiga hari SAR)

Komander operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muar, Timbalan Penguasa Bomba dua Shahrizal Mokhtar berkata, mayat diserahkan kepada polis dan operasi pencarian tamat kira-kira 12 tengah hari tadi.

Operasi melibatkan 20 anggota BBP Muar serta tiga anggota Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) BBP Skudai.

Sementara itu, Ketua Polis Muar, ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, ahli keluarga mangsa yang berada di lokasi sudah membuat pengecaman identiti dan mangsa dibawa ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar untuk tindakan lanjut.

Kes diklasifikasi sebagai mati mengejut.

Rabu lalu, mangsa terjun ke dalam sungai bersama dua rakannya kira-kira 3.42 petang untuk mandi, namun hilang sebaik mangsa tenggelam dan usaha menyelamat oleh dua rakannya gagal kerana arus deras.

Media Baharu