fb fb fb fb fb

JPJ Melaka keluar 412 notis sepanjang Ops Tahun Baru Cina

MELAKA, 27 Januari - 2,951 kenderaan yang diperiksa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka, 922 daripadanya dikeluarkan notis pada Ops Tahun Baru Cina yang bermula sejak 18 Januari hingga tengah malam tadi.

Pengarahnya, Muhammad Firdaus Shariff berkata, sebanyak 412 diambil tindakan.


(Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka, Muhammad Firdaus Shariff)

Beliau berkata, sebanyak 79 kesalahan utama direkodkan dengan tidak mematuhi lampu isyarat (42), lebih muatan (18) dan memandu di lorong kecemasan (11).

Manakala 331 kesalahan tambahan direkodkan dengan 184 tidak mempunyai lesen memandu dan 138 tiada insurans.

"Selain daripada itu kita ada buat operasi biasa di jalan raya kita ada buat penyamaran bagi bas-bas ekpress yang mana kita telah menaiki lebih kurang 8 bas dan ada 3 kesalahan yang kita ambil tindakan iaitu, memandu lebih 4 jam tanpa pemandu kedua sebanyak 2 kes dan ambil atau turun penumpang di kawasan tidak dibenarkan adalah 1 kes dan bagi kesalahan teknikal bas di depoh sebanyak 592 bas yg diperiksa dan 3 bas diambil tindakan ” katanya kepada pemberita pada Program Advokasi Keselamatan Jalan Raya di Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Keroh.

Media Baharu