fb fb fb fb fb

Pelajar tunggang motosikal tanpa lesen, rekod kesalahan tertinggi - JPJ Melaka

AYER KEROH, 27 Januari- Individu di bawah umur dilarang menunggang motosikal ke sekolah.

Tegas Pengarah JPJ Melaka, Muhammad Firdaus Shariff, ibu bapa perlu peka dengan larangan ini kerana membawa motosikal di bawah umur dan tidak mempunyai lesen adalah kesalahan paling banyak direkodkan hasil pemeriksaan di empat sekolah.

Daripada 363 motosikal yang diperiksa, hampir separuh daripadanya tidak mempunyai lesen memandu dan 20 kes adalah bawah umur.

Tahun lalu, JPJ Melaka mengeluarkan 58 saman kepada mereka di bawah umur.

Kebanyakkan alasan yang diberikan adalah rumah berdekatan dengan sekolah, tidak sempat hantar dan lain-lain lagi.

"Saya nak nasihatkan kepada ibu bapa agar peka dengan anak-anak tuan puan menunggang motosikal ke sekolah. Pastikan ada lesen yang sah, dokumen yang perlu dibawa ketika menunggang serta keselamatan seperti pemakaian topi keledar.

Jika tiada lesen, mohon ibu bapa tidak membenarkan mereka menunggang motosikal kerana jika berlaku kemalangan ia akan menyusahkan banyak pihak dan merugikan tuan puan sendiri," kata Muhammad Firdaus kepada pemberita RTM selepas Program Advokasi Keselamatan Jalan Raya di Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Keroh.


(Pengarah JPJ Melaka, Muhammad Firdaus Shariff berkata demikian selepas menjalankan
pemeriksaan di SMK Ayer Keroh)

Empat buah sekolah yang diperiksa adalah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pernu, SMK Datuk Bendahara, SMK Bukit Katil dan SMK Ayer Keroh.

Media Baharu