fb fb fb fb fb

Mayat lelaki tanpa identiti ditemui terapung



KUALA KURAU, 7 Januari -
Mayat seorang lelaki tanpa identiti ditemui terapung oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) di perairan Pulau Terong di sini.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kurau, Komander Maritim Mohd Sharenliza Ghazali, dalam satu kenyataan memaklumkan, maklumat penemuan mayat itu diterima daripada komuniti nelayan setempat yang melakukan aktiviti perikanan di kawasan terbabit.

Berikutan itu, pasukan bot ronda digerakkan ke lokasi berkenaan dan pihaknya menemui satu mayat terapung lengkap berpakaian tanpa sebarang pengenalan diri.

Mayat mangsa telah diangkat dengan bantuan nelayan di lokasi dan diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan lanjut.

Media Baharu