fb fb fb fb fb

Banjir: PETRONAS sumbang RM1.1 juta kepada Selangor

FOTO:PETRONAS

KUALA LUMPUR, 7 Disember - PETRONAS menyalurkan sumbangan bernilai RM1.1 juta kepada kerajaan negeri Selangor.

Sumbangan tersebut bagi membantu golongan yang terjejas banjir, baru-baru ini.

Melalui kenyataan; PETRONAS menyatakan, 1,000 unit silinder gas memasak dan barangan keperluan bagi pembersihan banjir diberikan kepada penduduk terjejas.

"Sumbangan diserahkan Naib Presiden Pemasaran Hiliran Petronas, Ahmad Adly Alias kepada Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Sharidi, khamis lalu.

Adly Alias optimis kerjasama dengan kerajaan negeri membolehkan pengagihan sumbangan menjadi lebih berkesan kepada isi rumah terjejas", menurut kenyataan itu

Tambahnya, sumbangan syarikat gas nasional ini adalah sebahagian daripada ikrar PETRONAS menerusi peruntukan sebanyak RM25 jutabagi membantu mangsa banjir di seluruh negara bermula Disember lalu.

 

Media Baharu