JOHOR BAHRU, 7 Januari - Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) menjadi terminal kontena pertama di Malaysia melepasi jumlah kendalian sebanyak 11 juta unit bersamaan 20 kaki (TEU).
Pencapaian itu direkodkan pada 25 Disember lalu, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara 15 pelabuhan terbaik di dunia.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata, ia membuktikan, situasi pandemik covid-19 tahun lalu tidak menghalang PTP meraih pencapaian
membanggakan.
"PTP mencatatkan jumlah kendalian sebanyak 11.2 juta TEU pada akhir tahun lalu dengan nilai pertumbuhan 14 peratus, berbanding 9.8 juta TEU pada 2020," katanya dalam sidang media selepas Majlis Meraikan Pencapaian PTP 2021 di sini.