fb fb fb fb fb

Mayat lelaki pukat ikan ditemukan terapung di Pantai Telong

(FOTO RTM)

PASIR PUTEH, 28 April-Mayat lelaki yang dilaporkan dihanyutkan ombak semasa memukat di Pantai Telong, Bachok, Kelantan pada 7 petang semalam telah ditemui petang tadi.

Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Kelantan, Komander Maritim Khairun Dalilah Baharin berkata, mayat mangsa ditemukan pukul 3.20 petang tadi oleh anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) yang membuat rondaan pesisir pantai pada jarak 1.4 kilometer dari lokasi kejadian.

Katanya menerusi satu kenyataan berkata, anggota Maritim Malaysia mendapati terdapat objek berwarna hitam terapung pada jarak 10 meter daripada pesisir pantai.

Anggota Maritim bertindak menarik objek berkenaan ke darat.

Proses pengecaman dan pengesahan dibuat oleh adik mangsa, Muhammad Ashraf Mohd Azman, 24 tahun.

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak Polis bagi dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab.

Terdahulu,seorang lelaki Mohamad Azwan Mohd. Azman, 28 dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan ombak besar ketika memukat ikan bersama rakan-rakannya di Pantai Telong, di sini semalam.

Dalam kejadian semalam, mangsa dipercayai ditarik arus ombak sebelum dihanyutkan ke tengah laut.


(FOTO RTM)

Media Baharu