fb fb fb fb fb

Projek PSI: Kerajaan sedia dengar keluhan, bantahan nelayan

KUALA LUMPUR, 28 April- Kerajaan sedia mendengar sebarang keluhan atau bantahan daripada nelayan tempatan berhubung Projek Tambakan Laut Selatan Pulau Pinang (PSI).

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, projek PSI menerima kelulusan bersyarat daripada Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA).

Tambah beliau, PSI melibatkan pembangunan tiga pulau buatan dengan keluasan 1,700 hektar di perairan Permatang Damar Laut, di Bayan Lepas.

(Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim / FOTO BERNAMA)

“Biar proses itu jalan dan kalau mereka nak kemukakan bantahan, kita akan dengar dan biar kerajaan negeri juga berikan beberapa penjelasan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Jaminul Ehsan, Kampung Kubu Gajah di Sungai Buloh di sini, yang turut dihadiri Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.

Media Baharu