fb fb fb fb fb

Anwar santuni pengunjung program Himpunan Madani Kedah 2023

ALOR SETAR, 28 April- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim petang tadi sempat meluangkan masa menyantuni orang ramai di program Himpunan Madani Kedah 2023 di Dataran Stargate, di sini.
 
Ketibaan Perdana Menteri kira-kira pukul 5.30 petang disambut meriah lebih 1,000 anak-anak muda.
 
Sambil beramah mesra, Datuk Seri Anwar turut bersalam-salaman bersama mereka.
 
Turut mengiringi beliau termasuklah beberapa menteri kabinet dan pemimpin politik Pakatan Harapan dan Barisan Nasional.
 
Antara pengisian himpunan petang tadi ialah forum sesi pidato melibatkan wakil masyarakat dan belia yang menyentuh mengenai konsep Madani.

(Foto fail)

Datuk Seri Anwar meluangkan masa hampir 30 minit sebelum bergerak pulang.
 
Pada program yang bermula 8.30 malam ini, Datuk Seri Anwar dijadualkan menyampaikan ucapan dan merasmikan program Himpunan Madani Kedah 2023.

Media Baharu