fb fb fb fb fb

Lelaki hilang selepas keluar memancing ditemukan lemas

Mayat Mohd Asrul Aafendy Shazali, 36 dijumpai tersangkut di jambatan oleh orang awam pada jarak 2.3 kilometer dari lokasi mangsa dipercayai hilang/ Foto: JBPM Perak

IPOH, 14 November- Mayat seorang lelaki yang dikhuatiri hilang selepas keluar memancing di tali air berhampiran Jalan Kuala Parit Kampung Pasir Jenerih, Kampung Gajah dijumpai pukul 10.57 pagi tadi.

Mayat Mohd Asrul Aafendy Shazali, 36 dijumpai tersangkut di jambatan oleh orang awam pada jarak 2.3 kilometer dari lokasi mangsa dipercayai hilang.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kehilangan mangsa yang mempunyai sakit sawan pada pukul 2.54 petang semalam.

“Kami segera menggerakkan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kampung Gajah dan bantuan dari Pasukan Penyelamat di Air dari BBP Teluk Intan ke lokasi kejadian.

Siasatan awal mendapati mangsa telah memancing di kawasan itu sejak pagi dan terdapat motosikal serta peralatan memancing dipercayai milik mangsa berada di lokasi.

Beliau berkata mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi disertai 47 orang daripada pelbagai agensi termasuk orang awam, ditamatkan pada 11.20 pagi.

ZEHRA BINTI ZAMBRI