fb fb fb fb fb

Kerjasama KPM dan PDRM diperkasa bagi tangani buli di sekolah

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 14 November- Kementerian Pendidikan dan PDRM akan terus bekerjasama bagi memperkasakan Jawatankuasa Permuafakatan bagi membendung kes buli di sekolah.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata antara langkah yang diambil adalah dengan menempatkan seorang pegawai perhubungan yang terdiri daripada anggota polis di setiap sekolah.

"Memang ada kerjasama yang erat di peringkat yang kita panggil pengurusan kes dan kita mahu pastikan bahawa kes ini benar-benar dilihat dalam konteks melindungi anak-anak kita dan dipercepatkan dalam konteks bahawa anak-anak ini tidak terdedah kepada mana-mana ancaman atau gangguan dan memastikan perlindungan semasa kes ini dilaksanakan", kata Fadhlina ketika menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Damansara, Gobind Singh Deo mengenai kerjasama KPM dengan pihak luar bagi menangani isu buli di Dewan Rakyat hari ini.

Tambah Fadhlina, setakat Ogos 2022, KPM telah menambah jumlah warden di sekolah berasrama sebanyak 63 peratus sebagai usaha memantau pergerakan pelajar sekali gus membendung gejala buli di sekolah.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD