LANGKAWI, 14 November- Kira- kira 50,000 pelancong asing diunjur melawat Pulau Langkawi menerusi 32 kapal persiaran mewah sehingga Mei tahun hadapan.
Lembaga Pembangunan Langkawi, LADA dalam satu kenyataan berkata, 14 kapal persiaran mewah bakal membawa masuk 22,000 pelancong, bermula November hingga akhir Disember ini.
Manakala, 18 kapal persiaran mewah membawa 28,000 pelancong antarabangsa bakal tiba sepanjang tempoh Januari hingga Mei tahun depan.
Perkembangan itu beri impak positif kepada industri pelancongan tempatan untuk kembali pulih .
Pada Ahad, kapal persiaran mewah Norwegian Jewel dari Norway membawa 2,840 pelancong berlabuh di Langkawi Cruise Terminal (LTC) di Tanjung Malai