fb fb fb fb fb

Mayat lelaki hilang ketika menjala ditemukan terapung di tepi sungai

KUALA KANGSAR, 5 Jun- Mayat seorang lelaki yang hilang ketika melakukan aktiviti menjala di Sungai Perak dekat Kampung Sayong Lembah, Kuala Kangsar, sejak Jumaat lalu, ditemukan pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia JBPM Negeri dalam satu kenyataan memaklumkan, mayat lelaki berusia 26 tahun itu ditemui terapung dan berada di tepi sungai pada pukul 7.19 minit pagi.

Menurutnya jarak mangsa ditemui adalah dua kilometer dari lokasi staging pasukan penyelamat.

Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Pada Jumaat lalu, mangsa bersama 4 individu lain sedang melakukan aktiviti menjala ikan di Sungai Perak sebelum hilang sewaktu menyeberangi sungai tersebut.

Rakan mangsa bagaimanapun sempat menyelamatkan diri.

 


(Mayat lelaki berusia 26 tahun itu ditemui terapung dan berada di tepi sungai pada pukul 7.19 minit pagi)

Media Baharu