fb fb fb fb fb

PBT diminta bantu usaha pertanian komuniti

(Foto fail)

IPOH, 5 Jun- Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) disaran memudah cara usaha individu atau komuniti setempat yang ingin mengusahakan pertanian di kawasan masing-masing.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Dr. Ismail Abdul Muttalib berkata, pihak kementerian memang menggalakkan penduduk perumahan seperti Projek Perumahan Rakyat (PPR) agar mengusahakan kebun komuniti.

Namun aktiviti itu perlulah berpandukan undang-undang yang ditetapkan PBT.

(Datuk Seri Dr. Ismail Abdul Muttalib ditemui wartawan di Ipoh, Perak)

"Jadi saya kira ini boleh kita rundingkan, saya ingat tak ada masalah, bagi saya kalau kita dapat menggerakkan semua PBT ni dan malah kalau bagi saya sendiri kalau kita ada tanah-tanah kosong yang boleh kita majukan, sebenarnya kita boleh rundingkan dengan pegawai daerah, dengan datuk bandarnya, dengan yang dipertua majlis daerah dan kita boleh libatkan ahli-ahli yang berhormat, saya pun sedia untuk membantu dan sebagainya,saya ingat exco kerajaan negeri takde masalah saya rasa," kata Ismail dalam sidang media di sini.

Beliau juga mengulas mengenai tindakan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) merobohkan struktur tambahan yang dibina tanpa kelulusan membabitkan sebuah kediaman di Ampang baru-baru ini.

Katanya PBT mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan terhadap premis atau bangunan tambahan yang dibina tanpa kelulusan.

Kesalahan tersebut boleh dikenakan tindakan bawah Akta 757 dan penguatkuasaan boleh dijalankan sendiri oleh PBT.

Media Baharu