fb fb fb fb fb

Bekalan ayam di Selangor semakin pulih

SHAH ALAM, 5 Jun- Tiada elemen sorok, simpan atau sabotaj bekalan ayam berlaku di Selangor meskipun terdapat kekurangan bekalan sumber protin itu, tegas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor.

Menurut Timbalan Pengarahnya, Mohd Khairi Jamaludin, fasa peralihan ke endemik, sambutan Aidilfitri dan pembelian panik, antara punca kekurangan bekalan di negeri ini.

(Bekalan ayam di Selangor semakin pulih)

"Isu berkaitan dengan elemen sorok sabotaj dan simpan bekalan terutama ayam sekatat ini, sepanjang pemeriksaan alhmdulillah elemen sorok itu tidak berlaku di semua peringkat pemborong, penternak, peruncit,"kata Mohd Khairi selepas melakukan tinjauan di Pasar Moden Seksyen 16 di sini.

Jelasnya, bekalan ayam di Selangor semakin pulih dan pengguna diharap membeli mengikut keperluan serta tidak membuat pembelian panik.

Media Baharu