fb fb fb fb fb

Mayat lelaki ditemukan di Sungai Golok

TUMPAT, 6 Mei- Mayat seorang lelaki tanpa pakaian dalam keadaan tangan dan kaki terikat ditemukan di tebing sungai Golok di Kampung Simpangan, Tumpat, Kelantan 7.25 pagi tadi.

Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintenden Tan Seng Lee, pemeriksaan ke atas mayat yang ditemukan orang awam mendapati bahagian muka turut ditutup dengan ikatan kain.

Mayat yang belum dikenal pasti berusia lingkungan 30 hingga 40 an itu dipercayai sudah 24 jam barada dalam air.


(Keadaan mayat yang tidak dikenali ditemukan di tebing sungai Golok di Kampung Simpangan, Tumpat, Kelantan)

Mengulas lanjut beliau berkata, polis Kelantan akan terus berhubung dan bekerjasama dengan pihak berkuasa Selatan Thailand bagi siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Media Baharu