fb fb fb fb fb

Siswa siswi diingatkan patuhi peraturan lalu lintas dan SOP

(Dekan Hal Ehwal Pelajar Universiti Utara Malaysia, Dr Kamarul Azman Khamis)

ALOR SETAR, 6 Mei - Mahasiswa dan mahasiswi Universiti Utara Malaysia (UUM) diingatkan agar sentiasa menjaga tingkah laku, jangan lakukan perkara yang melanggar peraturan dan undang-undang terutama berkaitan jalan raya ketika musim perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Ini bagi mengelak berlakunya musibah atau kejadian yang tidak diingini yang boleh memberi implikasi buruk kepada diri dan pihak universiti.

Dekan Hal Ehwal Pelajar Universiti Utara Malaysia, Dr Kamarul Azman Khamis berkata, lebih 4,000 siswa dan siswi UUM pulang ke kampung halaman masing-masing untuk menyambut Aidilfitri tahun ini.

(Foto fail)(Foto fail)

Manakala kira-kira 300 pelajar antarabangsa kekal berada di kampus sepanjang musim perayaan.

"Apa pun pergerakan, SOP perlulah dijaga dengan sebaik mungkin, janganlah kita sewenang-wenangnya keluar lepak sana sini dan mengakibatkan musibah kepada universiti khususnya. Jadi jagalah pergerakan dengan sebaik mungkin insya-Allah mudah-mudahan Hari Raya ini raya yang cukup bermakna untuk semua mahasiswa di UUM sama ada di luar sana ataupun yang masih berada di dalam kampus," kata Dr Kamarul Azman kepada RTM di Alor Setar.

Beliau berkata, siswa dan siswi yang pulang ke kampung halaman dijangka kembali ke kampus dalam tempoh terdekat.

Media Baharu