fb fb fb fb fb

Habiskan cuti perayaan di PPS

(Pusat Pemindahan Sementara di Pontian)

PONTIAN, 6 Mei - Banjir kilat yang berlaku di beberapa kawasan di Pontian, Johor sejak Khamis lepas menyebabkan penduduk terpaksa menghabiskan cuti perayaan mereka di Pusat Pemindahan Sementara.

Mereka tidak dapat menziarahi saudara mara dan sahabat handai kerana semua persiapan terjejas teruk.

Susiah Zainal Abidin, 41 tahun, berkata waktu berhari raya bersama ahli keluarga juga terjejas.

(Susiah Zainal Abidin)

"Budak -budak duduk asrama jadi sekolah cuti, nak bawalah diorang jalan-jalan raya. Habis dah macam ni tak dapatlah.

"Raya pertama je dapat rumah saudara tiga buah rumah, lepas tu dah tak boleh ke mana-mana lagi," katanya.

Miskiah Kundari, 59 tahun, pula berkata tiada kerugian besar dialami. Persediaan telah dibuat ketika paras air mula naik di kawasan rumahnya.

"Setiap kali banjir, rumah kita memang dah agak dah jaga dari awal kita memang siap sedia mana-mana yang patut kita selamatkan," katanya

Keadaan ketika ini dilaporkan beransur pulih.

Media Baharu