fb fb fb fb fb

Mayat lelaki ditemukan terapung di bawah runtuhan kelong

Mayat Mohd Faizal Mohd Nor ditemui terapung petang semalam.

BATU PAHAT, 5 Mei - Mayat seorang lelaki tempatan yang dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam laut susulan kelong roboh dibadai ribut serta ombak besar, kira-kira pukul 3 pagi kelmarin ditemukan di Perairan Parit Hailam, Senggarang, Batu Pahat, petang semalam.

Pengarah Zon Maritim Batu Pahat, Komander Maritim Mohamad Zaini Zainal memaklumkan, mayat Mohd Faizal Mohd Nor, 45 tahun ditemui terapung di bawah runtuhan kelong.
  
Semasa kejadian terdapat lapan mangsa sedang memancing dilaporkan terjatuh dan dihanyutkan arus.

Tujuh mangsa lain iaitu empat lelaki tempatan berusia antara 30 hingga 51 tahun dan tiga lagi warga Indonesia, 31 hingga 41 tahun berjaya menyelamatkan diri dengan berpaut pada tiang kelong sebelum diselamatkan Bot Petir 51.
 
Mereka kemudian di bawa ke Jeti Zon Maritim Batu Pahat.
 
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, ACP Shahrulanuar Mushaddat Abdulllah Sani dalam kenyataan memaklumkan, mayat mangsa di bawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail untuk bedah siasat.
 
Kes diklasifikasikan sebagai Mati Mengejut.
 

NORZAINAH ZAINAL ABIDIN