fb fb fb fb fb

Amaran ribut petir, hujan lebat, angin kencang di tujuh negeri sehingga 12 tengah hari

KUALA LUMPUR, 5 Mei - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tujuh negeri dan Wilayah Persekutuan Putrajaya hingga 12 tengah hari ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan amaran itu melibatkan seluruh Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang).

Amaran sama turut dikeluarkan bagi kawasan Putrajaya, Johor (Batu Pahat dan Pontian) serta Sarawak membabitkan Mukah (Daro, Matu, Dalat dan Mukah) dan Bintulu (Tatau dan Bintulu).-Bernama

NORZAINAH ZAINAL ABIDIN