MEKAH, 5 Mei - Seramai 838 jemaah haji Malaysia daripada tiga kumpulan iaitu KT001, KT002, dan KT003 mula tiba di Mekah secara berperingkat pada Ahad
selepas melalui mengharungi perjalanan selama 8 jam dari Madinah.
Mereka disambut meriah sejurus tiba di Al Jenadria Towers Hotel kira-kira pukul 7.20 malam waktu tempatan .
Terdahulu, semua jemaah haji diberikan taklimat keberangkatan membabitkan persediaan pelaksanaan umrah, memakai ihram serta berniat umrah di Miqat Bir Ali sebelum ke Mekah.
Jemaah kemudian ditempatkan di Zon penginapan A, B, dan C, dengan bangunan dan maktab khusus.
Setiap maktab dilengkapi kemudahan asas seperti klinik, kaunter ibadat, dan kedai bagi keperluan harian .