fb fb fb fb fb

Mayat lelaki berpelukan dengan anjing ditemukan

BATANG KALI, 21 Disember- Susulan satu mayat lelaki ditemukan di lokasi pencarian tragedi tanah runtuh tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Batang Kali pada 11.16 pagi tadi turut ditemui berpelukan dengan seekor anjing.

Namun, menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor mengesahkan penemuan mayat di Sektor B (Farm View) itu adalah bersama dua ekor anjing.


(Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor)

"Ini kita jumpa di sektor C yang kita tumpukan tapi di sektor ini kita letak satu jentolak dan alhamdulilah, pencarian sehingga hari ini, 'wipe&flash' kemungkinan besar dia berkhemah di
sektor A cuma dibawa tanah runtuh pergi ke sektor B jadi saya percaya sektor B ini mangsa dah tiada di situ jadi kita tumpu pada sektor C & A," katanya

Tambahnya, berdasarkan maklumat awal mengatakan mangsa tersebut ke lokasi bersama tiga ekor anjing. Seekor anjing lagi masih belum ditemui.

Dalam sidang media yang sama, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor merangkap Komander Operasi Bencana Batang Kali, Hafisham Mohd Noor juga berkata pihaknya masih mengenal pasti bangsa dan anggaran umur mangsa itu.

"Seperti yang saya kata tadi kita masih mengenalpasti anggaran umur jadi kita telah hantar ke hospital sungai buloh bagi proses bedah siasat," kata Ketua Polis Daerah Hulu Selangor merangkap Komander Operasi Bencana Batang Kali, Superintendan Suffian Abdullah.

Tambahnya, manakala dua bangkai anjing tersebut telah dihantar kepada jabatan perkhidmatan veterinar.

Tragedi tanah runtuh pada 2.42 pagi Jumaat lalu di tapak perkhemahan itu, setakat ini menyaksikan 61 org selamat, 26 nyawa terkorban dan tujuh lagi mangsa masih hilang daripada keseluruhan 94 mangsa yang terlibat.

Media Baharu