fb fb fb fb fb

Melaka sasar pelaburan bernilai RM6 bilion pada 2023 - EXCO

BATU BERENDAM, 21 Disember- Melaka berjaya capai sasaran RM5 bilion pelaburan sepanjang tahun ini.

Exco Pelaburan, Perindustrian, Pembangunan Koperasi dan Usahawan Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, untuk itu kerajaan negeri akan menambah RM1 bilion lagi sekali gus menjadikan sasaran pelaburan pada tahun 2023 adalah sebanyak RM6 bilion.

Tambahnya, pembukaan kawasan-kawasan perindustrian baharu antara fokus lain pelaburan negeri Melaka dalam membawa masuk pelabur asing ke negeri itu.

Sektor automotif, pusat data dan juga pembuatan gelasĀ antara produk pelaburan terbesar di Melaka.

"Untuk mengoptimumkan modal pelaburan di Melaka ini amat sederhana kerana kita dapat membekalkan tenaga kerja. Kerajaan Melaka telah pun menyediakan kemudahan asas untuk anak-anak muda terlibat dalam bidang sokongan industri ini.

Kita ada 36 institusi TVET yang telah disediakan oleh kerajaan sebagai penyediaan industri sokongan yang masuk berkembang di dalam negeri Melaka ini," kata Ab Rauf kepada media selepas membuat lawatan kerja di sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Batu Berendam, Melaka.

Mengulas lanjut katanya, satu pusat data terbesar juga akan dibangunkan di Ayer Keroh dengan jumlah pelaburan sebanyak RM3 bilion.

Beliau turut berkata akan mengadakan lawatan kerja ke luar negara seperti Jerman, Jepun dan Korea Selatan pada tahun depan bagi membawa masuk pelaburan dari negara berkenaan ke negeri Melaka sekali gus merealisasikan sasaran pelaburan tersebut.


(Exco Pelaburan, Perindustrian, Pembangunan Koperasi dan Usahawan Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh ditemui
selepas membuat lawatan kerja di sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Batu Berendam, Melaka)

Media Baharu