fb fb fb fb fb

Program Skim Bantuan Perubatan HIV, tingkatkan rawatan pesakit asnaf

KUALA LUMPUR, 21 Disember- Yayasan AIDS Malaysia (MAF) komited membantu mengakhiri epidemik AIDS menjelang tahun 2030.

Statistik menunjukkan 42% individu yang diagnosis dengan HIV tidak menjalani rawatan.

Sehubungan itu, MAF bekerjasama dengan Majlis agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) untuk perlaksanaan Program Skim Bantuan Perubatan HIV.

Pengerusinya, Professor Datuk Dr. Adeeba Kamarulzaman menjelaskan menerusi program tersebut, MAIWP menyumbang RM210,000 bagi membiayai ubat-ubatan 'antiretroviral'.

Sumbangan bakal memberi manfaat kepada 25 asnaf yang hidup dengan HIV/AIDS.


(Foto Hiasan)

"Rawatan ini akan memusnahkan kuman-kuman dan tidak membenarkan kuman-kuman baru untuk membiak. Jadi bila kita menurunkan jumlah virus dalam badan pesakit, daya tahan badan mereka akan pulih dan mereka tidak akan menghidap penyakit komplikasi lain seperti penyakit berjangkit," katanya kepada pemberita pada majlis perasmian Skim Bantuan Perubatan HIV dengan kerjasama MAIWP di Kuala Lumpur.

Media Baharu