fb fb fb fb fb

Mayat bayi perempuan ditemukan dalam lori sampah

GEORGE TOWN, 28 September- Mayat seorang bayi perempuan cukup sifat ditemukan di dalam lori sampah di sebuah kawasan perumahan di Bandar Baru Air Itam, Pulau Pinang pada pukul 10.25 pagi tadi.

Mayat ditemukan pekerja lori sampah berkenaan ketika sedang melakukan kerja-kerja memungut sampah di kawasan perumahan tersebut.

Bayi itu dipercayai baharu dilahirkan dan telah dibuang ke dalam tong sampah.

Laporan polis telah dibuat dan mayat kemudian dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk tindakan susulan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong mengesahkan penemuan mayat terbabit.

1
(Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong mengesahkan
penemuan mayat terbabit.)

Media Baharu